MUAR: Seorang warga Singapura didenda RM5,500 oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah memecahkan cermin kenderaan seorang pengguna jalan raya di Kilometer 139.6 Lebuhraya Utara Selatan, Pagoh pada Sabtu lepas.
Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Soh Kian Hui, 45, dan mengarahkannya dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Soh didakwa melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang kereta jenis Toyota Fortuner milik Khairul Husni Shah Jamil, 31, yang mengakibatkan kerugian berjumlah RM2,502.35.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 1.58 tengah hari, 10 Feb lepas mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, Soh yang diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Norain Sakina Zikri memohon hukuman ringan memandangkan dia bekerja sebagai pemandu teksi dengan pendapatan sekitar SGD$3,000 dan menjaga ibunya berusia 71 tahun yang baharu menjalani pembedahan kanser.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Ariff Marzuki memohon mahkamah memberikan hukuman setimpal dengan mengambil kira kepentingan awam selepas kejadian itu tular di media sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 14 2024
Tertuduh (tengah) mengaku salah atas pertuduhan melakukan khianat dengan memecahkan cermin belakang sebuah kenderaan di Kilometer 139.6 Lebuh Raya Utara Selatan. -Foto Sinar Harian
Inflasi April Malaysia kekal pada 1.8 peratus bagi bulan ketiga berturut-turut - DOSM
Mata indeks mencatatkan 132.4 berbanding 130.0 pada bulan yang sama tahun sebelumnya.
Kadar harga dinaikkan, kontraktor perlu buat kerja sempurna - Nanta
Kenaikan jadual kadar harga tersebut telah diluluskan baru-baru ini setelah tiada semakan semula selama 10 tahun.
Cadangan penggabungan SME Bank, BPMB, Exim Bank perlu dihentikan - Veteran UMNO
Mustapa berpandangan penggabungan tersebut juga bakal menyaksikan proses pengurangan kakitangan, yang mana lebih 95 peratus kakitangan terdiri daripada orang-orang Melayu dan Bumiputera.
'Alhamdulillah, sekarang duduk di hospital makin sihat' - Yasin
Penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman merasakan dirinya semakin sihat sejak menerima rawatan di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.
Saluran Malaysia4Palestine ketengah krisis kemanusiaan di Palestin
Rakyat Malaysia boleh menyumbang ke AAKRP melalui saluran sementara selama 24 jam, bermula 12 tengah hari, 25 Mei di Astro, sooka dan RTM.
Saman AS$346 juta 1MDB: Rosmah perlu fail pernyataan pembelaan sebelum 4 Julai
Datin Seri Rosmah Mansor perlu memfailkan pernyataan pembelaan terhadap saman US$346 juta yang difailkan oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan 10 syarikat lain berhubung pembelian barangan mewa
Ibu bapa perlu elak cium mulut anak - Pakar psikologi
Ibu bapa perlu mengelakkan diri daripada perbuatan mencium mulut anak meskipun sebagai cara menzahirkan kasih sayang.
Isteri mengaku tidak salah cuba racun suami, mentua
Isteri pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan cubaan meracun suami dan ibu mertuanya lima tahun lalu
Balai polis terpencil akan dipasang CCTV, lampu limpah
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan tahao keselamatan balai-balai terperincil dengan memasang CCTV dan pencahayaan susulan serangan Balai Polis Ulu Tiram, Johor yang mengakibatkan dua anggota terbunuh.
Polis siasat motif, kaitan serangan terhadap tiga pemain bola sepak kebangsaan
Razarudin berkata, adalah terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan memandangkan polis masih lagi mengumpul keterangan.
Isteri kedua didenda RM1,000 rosakkan kereta suami selepas dicerai talak 3
Majistret menjatuhi isteri kedua lelaki itu hukuman berkenaan selepas pihak pendakwaan berjaya memenuhi beban pembuktian melampaui keraguan munasabah terhadap tertuduh.
Pecah cermin kenderaan di lebuh raya, warga Singapura didenda RM5,500
Majistret Fatin Dalilah Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Soh Kian Hui, 45, dan mengarahkannya dipenjara 12 bulan jika gagal membayar denda tersebut.
Polis tahan lelaki pecah cermin kenderaan di lebuh raya
Sepasukan polis daripada JSJ menahan lelaki berusia lingkungan 40-an itu kira-kira 3.30 pagi tadi di kawasan Genting Highlands.
Ugut pecah cermin kereta jiran, buruh dihadapkan ke mahkamah
Seorang buruh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu atas pertuduhan mengugut mahu memecahkan cermin kereta jirannya, pada Jumaat lalu.
Warga emas tak serik ditahan kes curi, pecah cermin kereta
Suspek akan menunggu dan memerhati mangsa yang datang meletakkan kenderaan berhampiran kedai makan.
Polis buru lelaki pecah cermin kereta, ugut pemandu wanita
Polis sedang mengesan seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta dan mengugut seorang pemandu wanita dalam kejadian di Simpang Empat Limbat, Khamis lepas.
Pecah cermin kereta isteri, seorang lelaki ditahan
Sejurus kejadian, mangsa membuat laporan polis pada jam 10.37 pagi hari yang sama.
Lelaki naik angin pecah cermin kereta, kelengkapan perniagaan jiran
Lelaki berusia 52 tahun itu dikatakan marah kerana jirannya yang menjalankan perniagaan di sebelah rumah mengganggu ketenteramannya.
Langgar belakang kereta dan samun, empat ditahan di Klang
Shamsul Amar berkata, kesemua suspek telah berjaya ditahan dan kesemua mereka didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
Tegur pemandu tidak guna lampu isyarat, lelaki dibelasah hingga patah tujuh gigi
Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa berusia 21 tahun yang memandu kereta jenis Honda S660 dikatakan berselisih dengan sebuah lagi kenderaan Perodua Alza.